Sunday 18 May 2014

experiment rose cameron hingland

jom baca cerita saya.....
ramai yang berpendapat dan mengatakan, rose di cameron highland pahang, cantik bila dipandang tapi sayang bila di bawa pulang untuk di jadikan sebahagian dari tanam hiasan di rumah, ianya tak tahan dan akan layu, kemudiannya mati bergitu sahaja. tapi bagi saya, kata kata itu tak munasabah sama sekali kerana...... saya telah pun berjaya menjaga dan membiaknya dari 2 pasu menjadi 5 pasu sekarang. tapi, semaian yang saya jaga baru mengeluarkan tunas dan daun, ini menunjukkan tanda tanda yang positif untuk anak anak pokok baru. rahsia disebaliknya adalah.....
      
   1- baka pokok yang dibeli atau dibawa pulang dari cameron highland mesti lah sihat, subur dan segar. macam mana nak kenal pasti pokok itu sihat, subur dan segar? jawapannya, dengan melihat keadaan pokok tersebut, daunya banyak, bentuk daun yg cantik (bukan daun yang kerinting ditepinya), sudah mula mengeluarkan bunga dan kalau boleh cari yang mempunyai batang yang agak besar, bukan ape cume untuk memastikan pokok lebih matang.

   2- sampai saja dirumah, pastikan pokok dalam keadaan baik dan siram lah ai agar pokok dapat mengekalkan kelembapan tanah dan tidak terkejut dengan cuaca yang berbeza dari tempat asalnya.

   3- pastikan pokok di tempatkan di tempat yang teduh tapi masih boleh mendapatkan cahaya untuk proses fotositesis. jangan biar pokok menerima cahaya terus kerana pokok masih tak biasa dengan cuaca yang baru.

  4- pastikan pokok di siram awal pagi dan petang untuk memastikan pokok menerima air secukupnya dan mampu mengekalkan kelembapan tanahnya. pastikan air keluar dari bawah pasu untuk memastikan pengaliran air adalah baik.

   5- pastikan anda memotong tangkal bunga yang sudah layu untuk mengalakkan pertubuhan tunas baru untuk mengeluarkan bunga baru. potong lah dibawah 1 atau 2 tangkal daun dan potongan mesti lah menyerong.

tanda tanda pokok kekurangan air...
 daun daun pada pokok akan bertukar dari warna hijau menjadi kuning. langkah yang terbaik untuk anda merawatnya, siram lah ia dengan lebih kerap, insyaallah pokok akan kembali segar.



                                 inilah rose rose saya dari cameron highland... cantikkan
kesabar itu membawa kebaikan... so, jangan mudah berputus asa. 
selamat mencuba ......... n tq kerana membaca ABC.

Perkenalan Aku, Bunga & Cake (ABC)

Hi..... perkenalkan, saya nurul. kerjayaku Suri Rumah Sepunuh Masa (SRSM) merangkap manager rumah tangga. banyak masa terluang di rumah. jadi....... saya mengisinya, dengan hobi iaitu, bunga dan kek.  keterujaan  sangat pada bunga dan membuat kek membuat saya ingin berkongsi cerita. nak kata pandai kedua duanya, tak adalah, yang pasti adalah pengalaman untuk dikongsi dan berguna untuk kita semua. soooo...jom ikut blog saya.